Monday, December 7, 2009

Minister reply to Kidurong State Assemblyman Chiew Chiu Sing on compensation for land of Rh Chaong, acquired for building Kelalong Dam – Nov. 2009 Sit

Minister reply to Kidurong State Assemblyman Chiew Chiu Sing on compensation for land of Rh Chaong, acquired for building Kelalong Dam – Nov. 2009 DUN Sitting.

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Kidurong, semua pampasan ke atas tanah-tanah yang terlibat dengan projek Empangan Kelalong iaitu tanah berhak milik dan tanah yang tertakluk kepada tuntutan Hak Adat Bumiputera yang sahih telah dibayar kepada penduduk yang terlibat pada tahun 2002. Jumlah pampasan yang telah dibayar ialah RM 792,900.92.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Kidurong, berlandaskan rekod Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu, pengambilan balik tanah dalam tahun 2002 cuma melibatkan tuntutan penduduk dari 16 buah rumah panjang iaitu Rumah Mujah, Rumah Aso Rumah Janting, Rumah Lawang, Rumah Empeni, Ruman Robert, Rumah Gawan, Rumah Anggang, Rumah Tubom, Rumah Enturan, Rumah Jackson, Rumah Tambi, Rumah Janop, Rumah Inau, Rumah Chendang dan Kampung Penan. Ini jelas menunjukkan bahawa tiada tuntutan daripada penduduk Rumah Chaong.

No comments:

Post a Comment